WEB PELANGGAN MBSJ
Selamat datang ke Web Pelanggan Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Tanah Perkuburan Islam MBSJ, USJ 22
Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, mempunyai keluasan keseluruhan seluas 19 ekar. Sebelum ini, Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya lebih dikenali dengan nama Tanah Perkuburan Islam Puchong Batu 13. Pada 1 Disember 2011, operasi Tanah Perkuburan Islam USJ 22 telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak MBSJ dan semua kerja-kerja berkaitan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Tanah Perkuburan Islam MBSJ. test
Fail sedang dikemaskini...
Tanah Perkuburan Islam MBSJ, Putra Heights
TANAH PERKUBURAN ISLAM PUTRA HEIGHTS

Pengenalan :
Tanah Perkuburan Islam Putra Heights, Subang Jaya telah dirasmikan pada 15 September 2023 Bersamaan 29 Safar 1445H. Pembangunan tanah perkuburan yang terletak di atas lot P.T 92408 Putra Heights Subang Jaya ini berkeluasan 33.535 ekar.
Ianya merangkumi :

i. 19,816 lot perkuburan.
ii. 1 unit bangunan pentadbiran.
iii. 20 unit wakaf.
iv. 1 unit pondok pengawal.
v. 1 unit kebok sampah.
vi. Kolam tadahan.
vii. 2 pavilion.
viii. 1 dewan serbaguna.
ix. 1 bilik mandi jenazah.
x. Tandas lelaki , perempuan dan OKU.
xi. Dapur.
xii. Surau lelaki dan perempuan.
xiii. Bengkel pertukangan dan stor.
xiv. Petak letak kenderaan pelbagai.

Alamat :
Tanah Perkuburan Islam Putra Heights, Jalan Kemboja, Kampong Kuala Sungai Baru, Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Kadar Bayaran :

Warganegara Malaysia (Dalam Kariah MBSJ) : RM150.00 (Dewasa&Kanak-Kanak)

Warganegara Malaysia (Luar Kariah MBSJ) : RM250.00 (Dewasa&Kanak-Kanak)

Warganegara Asing (Dalam Kariah MBSJ Sahaja) : RM350.00 (Dewasa&Kanak-Kanak)
Fail sedang dikemaskini...
Fail sedang dikemaskini...
Peta Lokasi Tanah Perkuburan
Perkhidmatan Yang Disediakan
1) Menyediakan kemudahan tempahan lot kubur.
2) Menyediakan lot perkuburan yang telah siap digali.
3) Membantu waris simati di dalam urusan pengkebumian jenazah.
4) Menjalankan kerja pemasangan kepuk kayu dan batu lot.
5) Menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaraan plot perkuburan serta kawasan sekitarnya secara berkala.
6) Menguruskan rekod-rekod pengkebumian dan membantu waris dalam carian lot-lot perkuburan.
7) Menguruskan kawasan perkuburan supaya sentiasa bersih, teratur dan cantik sebagai tanda penghormatan kepada simati dan mudah untuk dilawati.
Pejabat
No. Telefon03-8023 0901
Pegawai dan Kakitangan
Mohd Amizi bin AminuddinPen. Pegawai Tadbir012-2396365
Ezri Bin BasriPembantu Tadbir016-6631385
Atan Bin RamliPem. Kesihatan Awam012-3565836
Mohd Azhar Bin Mohd ZulkefliPembantu Awam-
Mohd Hafiz Bin MazlanPembantu Awam-
Mohd Firdaus Shah Bin Abdul MananPembantu Awam-
Noor Aidil Adha Bin MahmudPembantu Awam-
Mohd Zamri Bin DahotPembantu Awam-
Mohd Arshad Bin AnuarPembantu Awam-
SYARAT-SYARAT TANAH PERKUBURAN
1) Waris hendaklah memberitahu lebih awal tentang kematian yang berlaku kepada kakitangan unit kubur untuk persediaan awal kepada jenazah.
2) Pejabat urusan hanya beroperasi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh MBSJ pada jam 8 PAGI hingga 6 PETANG dan tertakluk pada tugasan yang diarahkan sekiranya perlu kerja lebih masa.
3) Waris WAJIB hadir untuk membuat pendaftaran di pejabat pengurusan dengan membawa PERMIT mengubur serta membuat bayaran sebanyak RM 150.00 terlebih dahulu sebelum jenazah dikebumikan.
4) Sekiranya berlaku kematian yang memerlukan urusan pengkebumian pada malam hari, waris perlu memaklumkan terlebih dahulu sebelum jam 5 PETANG dan perlu meminta keizinan daripada YDP atau pegawai yang diberi kuasa bagi mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
5) Waris DILARANG mengadakan sebarang upacara yang menyalahi hukum syarak di dalam kawasan perkuburan.
6) Kakitangan unit kubur berhak MENOLAK permohonan sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan gagal dipenuhi.
7) Waris DILARANG menanam sebarang pokok di atas pusara selain daripada pokok yang dibenarkan sahaja.
8) Kakitangan unit kubur berhak memotong mana-mana pokok pusara yang tidak mengikut syarat yang dibenarkan oleh pihak pengurusan tanpa meminta kebenaran kepada waris.
9) Waris DILARANG untuk membuat binaan pusara sendiri tanpa kelulusan dari pihak pengurusan. Sekiranya berlaku, pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk memberi notis agar binaan puasara dibuka semula atau kakitangan unit kubur yang ditugaskan akan mengambil tindakan untuk membuka sendiri binaan tersebut.
10) Hanya binaan yang mengikut saiz, warna, jeniz binaan yang DIBENARKAN sahaja boleh dibina.
11) Waris perlu meminta KEBENARAN tempahan binaan pusara di pejabat urusan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya penipuan.
12) Waris tidak boleh mempersoalkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang ditugaskan kerana ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat serta termaktub didalam Akta Kerajaan Tempatan Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (Majlis Bandaraya Subang Jaya) 2005.
Penafian
Dasar Privasi | Terma & Syarat | Dasar Keselamatan | Penafian

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.
Penafian: MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada mpsj@mpsj.gov.my.

Tentang Kami
Alamat: Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: 03-8024 7700
Emel: mpsj@mpsj.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2013 © Web Pelanggan MBSJ