Pembayaran Kompaun trafik dan Cukai Taksiran menggunakan telefon mudah alih pintar dan peranti pintar(MyPay)
Dimaklumkan bagi memudahkan pelanggan untuk menyemak dan membuat bayaran bagi perkhidmatan :- Kompaun trafik dan Cukai taksiran MBSJ. Pihak MBSJ dengan kerjasama daripada MAMPU telah menyediakan kemudahan pembayaran dan semakan bil menggunakan telefon mudah alih pintar dan peranti pintar(MyPay). Sila layari https://mypay.dapat.com/mpsj. Sesuai untuk semua jenis platform telefon mudah alih, windows, blacberry, ios dan android. Kini segalanya mudah, transaksi dihujung jari anda.Dikemaskini pada 20/10/2020 8:41AM
Web Pertanyaan Baru!
Selamat datang ke Web Pelanggan Majlis Bandaraya Subang Jaya yang baru. Pelbagai kemudahan telah ditambah dan diperbaiki untuk kemudahan pengguna. Sistem di MBSJ ini menggunakan mekanisme Single Sign On (SSO) di mana ia membenarkan Pengunjung memasuki satu id dan kata laluan bagi capaian pelbagai aplikasi berkaitan. Sila daftar di Portal MPSJ (www.mbsj.gov.my) . Sebarang pertanyaan / masalah berkaitan sistem ini sila hubungi kami di talian berikut :- - Telefon : 03-80247700 (Call Centre)
Isnin - Jumaat : 9.00pg - 5.00ptg ( kecuali Sabtu - Ahad dan Cuti Umum) - Email : portal.helpdesk@mbsj.gov.my
Sebarang aduan/cadangan dan pertanyaan berkaitan sistem ini, pihak kami akan memberi maklumbalas dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
Dikemaskini pada 25/12/2020 1:59PM
|