Tender


Utama » Tender » Senarai Tender » Maklumat Tender


» Maklumat Tender
No Tender MBSJ.KUB.400-5/6/340
Tajuk Tender PELUPUSAN KENDERAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL.1/2022 BAGI KENDERAAN MODENAS KRISS MN110H BERNOMBOR PENDAFTARAN – BHN 3976
Tarikh Jual 15/02/2023
Tarikh Tutup 28/02/2023
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti tender/sebutharga Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Harga Dokumen Tender (RM) 0.00

» Kod Bidang Kementerian Kewangan      Status Bumiputera
Kod Penerangan Syarat

» Syarat
Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset kenderaan seperti berikut : Aset kenderaan boleh dilihat pada 15 Februari 2023 (Rabu) hingga 28 Februari 2023 (Selasa) di antara jam 10.00 pagi hingga 04.00 petang di Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 25) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:- a) Bengkel Kejuruteraan MPSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor b) Laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya di www.mpsj.gov.my dengan merujuk di bahagian Pengumuman Terkini, Perniagaan/ Perolehan / Tender / Sebut harga. c) Laman Web e-tender Selangor di https://tender.selangor.my d) OCPS MPSJ (untuk kakitangan sahaja) Dokumen Tawaran Sebut Harga dengan maklumat yang lengkap termasuk lampiran-lanpiran yang berkaitan hendaklah dibuat menggunakan sampul surat dan ditanda No.Sebut Harga (Seperti dinyatakan di iklan tawaran) serta dialamatkan kepada :- JABATAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan. Sampul surat Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang bertempat di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Bangunan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tarikh tutup Tawaran Sebut Harga adalah pada 28 Februari 2023 (Selasa) jam 12.00 tengahari. Hanya Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lengkap dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sahaja yang akan dipertimbangkan dan Sebut Harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawap terhadap penghantaran Dokumen Tawaran Sebut Harga yang tidak dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga. Tawaran Sebut harga ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada Syarat Dan Peraturan Sebut Harga Pelupusan Kenderaan MBSJ sepeti di Lampiran dan pretender adalah dinasihatkan agar membaca dengan teliti, memahami dan mematuhi semua Syarat Dan Peraturan Sebut Harga seperti yang telah ditetapkan tersebut. SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ 1. Semua aset kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). 2. Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap satu aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk draf bank sahaja atas nama MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA yang perlu disertakan bersama-sama Dokumen Tawaran Sebut harga dan juga dokumen lampiran yang berkaitan. (bayaran secara Tunai/Wang Pos/Cek dan lain-lain adalah tidak diterima) 3. Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan. 4. Dokumen tawaran petender bagi setiap kenderaan wajib disertakan Borang Tuntutan Cagaran dan Borang Pendaftaran Maklumat Syarikat / Individu yang telah lengkap diisi dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan, penyata bank dan salinan sijil SSM (syarikat sahaja). 5. Semua aset kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) dan MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang dijual tersebut. 6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut keluar dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh petender sendiri. 7. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan atau maklumbalas daripada MBSJ dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, maka tawaran petender dianggap tidak berjaya dan pemulangan wang cagaran deposit akan dibuat kepada petender dalam tempoh yang sama. 8. Hanya petender yang berjaya sahaja yang akan dihubungi dan dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan / surat tawaran penjualan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran penjualan akan terbatal dan deposit sebut harga juga tidak akan dikembalikan. 9. Petender yang berjaya hendaklah mengambil /membawa keluar aset tersebut dari premis MBSJ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dibuat dan seterusnya menguruskan urusan PUSPAKOM (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengambilan aset. 10. Urusan pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh MBSJ adalah tertakluk kepada penyelesaian urusan PUSPAKOM oleh petender. (sekiranya berkaitan). Petender akan dimaklumkan untuk membuat urusan ‘thumbprint’ pemunya baru di JPJ (slip pengesahan tukar hakmilik JPJ akan diberikan) setelah urusan ‘thumbprint’ pemunya lama (MBSJ) selesai di JPJ.
 

[ Kembali ]